Latest News

iHACK 2022 Dan Siber Siaga 2022 Menjadi Platform Perkongsian Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2022 – Melihat kepada keperluan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan keselamatan siber, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

melalui Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) dan Velum Labs Sdn. Bhd. dalam menganjurkan iHack 2022 dan Siber Siaga 2022. Acara yang berlangsung pada 19 dan 20 Disember 2022 dirasmikan oleh Laksda Prof. Adjunct Dato’ Ts. Shamsuddin Hj Ludin, Ketua Pengarah, Bahagian Siber Elektromagnetik Pertahanan (BSEP).

Menurut Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Prof. Ts. Dr Haryani Haron merasakan bahawa keselamatan siber adalah kritikal kepada institusi perniagaan dan juga rangkaian universiti di seluruh dunia. Beliau menyatakan kebimbangan terhadap penjenayah siber yang terus mencari kaedah untuk mengeksploitasi kelemahan dalam sistem perangkaian dalam usaha untuk merosakkan rangkaian komputer. Maka, adalah penting untuk memahami sepenuhnya kepentingan keselamatan siber dalam teknologi digital hari ini.

Dalam masa yang sama, Laksda Prof. Adjunct Dato’ Ts. Shamsuddin Hj Ludin turut menyatakan kepentingan dalam memantau dan mempertahankan postur keselamatan rangkaian negara. Dalam Angkatan Tentera Malaysia, BSEP berfungsi untuk memperkukuhkan aktiviti berkaitan siber dan elektromagnetik yang merangkumi keselamatan komunikasi dan keselamatan siber. Idea penganjuran Siber Siaga 2022 diadakan untuk mengumpulkan pakar keselamatan siber di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur melalui acara forum, seminar dan pameran teknologi terkini. Siber Siaga 2022 merupakan satu platform untuk mempromosikan konsep Whole of Society, Whole of Government (WoSoG) di mana melalui acara ini membolehkan masyarakat Malaysia berhubung, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dan teknologi dalam bidang keselamatan siber untuk meningkatkan kesedaran siber.

Melalui acara iHack 2022, ia dapat menyediakan platform kepada pelajar untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah keselamatan siber disamping mencari bakat baru dalam kemahiran keselamatan siber. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam bidang keselamatn siber. Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran Velum Labs Sdn. Bhd. selaku penaja utama iHack 2022 bersama-sama dengan RedSolid Tech dan ded1 EMPIRE.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000