Latest News

Projek MPP Food Care UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 29 Disember – Projek ini ditubuhkan bagi menjamin kebajikan pelajar B40 serta dapat menurunkan risiko pelajar yang kurang berkemampuan untuk perbelanjaan seharian. Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 memberi peluang kepada pihak UiTM, dan para mahasiswa untuk menderma. Projek MPP Food Care dilaksanakan di Foodbank, UiTM Cawangan Kelantan.

Konsep Food Care adalah pembahagian Care Package yang dilengkapi dengan barang keperluan untuk diberikan secara percuma kepada pelajar yang bernilai RM10 setiap pakej. Projek ini juga dianjurkan untuk mencapai beberapa objektif seperti menjadi platform untuk orang ramai yang berminat dengan projek amal sumbangan makanan untuk turut serta sebagai sukarelawan dan penderma serta mewujudkan kesedaran tentang aktiviti kebajikan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan kurang berkemampuan.

Jumlah kutipan yang dikumpul setakat 01 Oktober hingga 28 Disember 2022 adalah sebanyak RM9640.00 dan seramai 964 pelajar telah menerima manfaat tersebut. Program ini juga turut dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Sazili Shahibi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000