Latest News

Majlis Perasmian “5th International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2023”

MELAKA, 16 Mac 2023 – Telah berlangsung Majlis Perasmian “5th International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2023” bertempat di Kampus Bandaraya Melaka yang telah dirasmikan oleh

Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka mewakili Mufti Negeri Melaka.

Turut hadir Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman, Timbalan Rektor PJI UiTM Cawangan Melaka mewakili Rektor, Dr. Mohd Halim Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Dr. Ahmad Rosli B. Mohd Nor, Pengarah 5th International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2023 dan Dr. Dziauddin bin Sharif, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Melaka.

Ucaptama disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Mustaqim Mohd. Zarif dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan juga Prof. Dr. Muslich Shabir MA dari Universitas Islam Negeri Walisongo, Semarang, Indonesia. 5th ISHEC 2023 pada kali ini mendapat penyertaan seramai 117 penyertaan yang terdiri daripada 6 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Yaman, Arab Saudi, India dan Pakistan. Terdapat 9 tema utama seminar antarabangsa ISHEC 2023 pada kali ini iaitu: al-Quran dan al-Hadith; Manuskrip dan Warisan; Syariah dan Undang-Undang; Ekonomi dan Kewangan Islam; Akidah dan Pemikiran Islam; Pendidikan dan Peradaban; Dakwah dan Komunikasi; Sains dan Teknologi; Pengurusan dan Kepimpinan.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000