Latest News

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) UiTM Cawangan Melaka

MELAKA, 29 Mac 2023 – Pejabat Pengurusan Sumber Manusia (PPSM) dengan kerjasama Unit Integriti UiTM Shah Alam dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

UiTM Cawangan Melaka bertempat di Aras 4, Auditorium Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka.

Ceramah ini telah disertai seramai 300 orang staf yang terdiri daripada Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), Ketua Pusat Pengajian (KPP), Ketua Bahagian dan Unit, staf akademik dan staf pentadbiran serta pegawai-pegawai daripada SPRM Negeri Melaka.

Program pada hari ini telah dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Jenayah Rasuah : Apa Peranan Kita Sebenarnya? “oleh PsK Tuan Ahmad Faizul Abdul Rashid, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Melaka. Para hadirin juga telah mendengar ucaptama oleh PKPj Mohd Shahril Che Saad, Pengarah SPRM Negeri Melaka beserta Tayangan Video Montaj SPRM – Ikrar Bebas Rasuah.

Seterusnya program diteruskan dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Diharap program IBR ini menjadi peringatan kepada warga UiTMCM agar menjauhi rasuah serta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah ini.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000