Latest News

Majlis Pelancaran Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973

KOTA KINABALU, 29 Mei 2023 – Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973 Edisi Pertama diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah merakam sejarah

dan menjadi sumber rujukan utama sebagai kampus sulung UiTM Kampus Cawangan. Buku ini merupakan kompilasi penulisan sejarah kampus sulung UiTM, Peristiwa Penting, Impak Penubuhan UiTM Cawangan Sabah kepada negara, komuniti, masyarakat, ekonomi, pencapaian pelajar, staf dan alumni serta harapan UiTM Cawangan Sabah dalam mencapai strategi GRU 2025.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), UiTM Cawangan Sabah Bil 78 pada 23 Mei 2022 telah meluluskan penulisan Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973. Idea asal penulisan buku ini adalah melalui ucapan Datuk Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof Madya Dr Abdul Kadir Hj Rosline dan perbincangan bersama Datuk Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor semasa Lawatan Walkabout VC di Kampus Tawau pada 24 Mac 2022. Projek Penulisan Buku UiTM Cawangan Sabah ini mendapat peruntukan khas dari Special Project Vice Chanselor (SPVC) Universiti Teknologi MARA.

Kalau tidak dipecahkan rujung manakan dapat sagunya. Projek Penulisan Buku ini diketuai oleh Datuk Profesor Madya Dr Hj Abdul Kadir Hj Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah bersama 13 Penulis, 3 Jawatankuasa Reka Bentuk dan 2 Jawatankuasa Pengumpul Bahan Penulisan. Pencarian bakat kumpulan penulis dimulakan pada April 2022 dan pelantikan dilaksanakan bermula Mei 2022 mengikut perancangan yang telah digariskan. Kumpulan Penulisan buku ini sangat komited dan berjaya mengumpul bahan serta memulakan penulisan pada bulan Ogos sehingga November 2022.

Majlis Pelancaran Buku Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973 telah dirasmikan oleh YBhg. Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM di Hotel Marriot, Kota Kinabalu disertai bersama Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah dan para penulis Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000