Work With Us

JOB VACANCY

Image
Image
Image

HOW TO APPLY

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-
  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Selangor
  • Hospital Al- Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam
a. Untuk Bukan Staf UiTM
  1. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 12 hingga 30 September 2022 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja dengan bayaran RM10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.
  2. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
  3. Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui :
    1. Kaunter cawangan BSN;
    2. Mesin ATM BSN; atau
    3. Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

  4. Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  5. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  6. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    1. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
    2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
    3. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
b. Untuk Staf UiTM Sahaja
  • Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap dan kontrak di mana pelantikan dibuat oleh Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2022 (Jumaat)Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.

CONTACT

For enquiries, please contact:
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Email: bpps@uitm.edu.my

Academic
Tel: +603-5544 3063/3417/3090/3006/
+603-5521 1314/1612

Administration
Tel: +603-5544 3005/3007/3076/3085/3091/3093


To apply online for Academic & Administration jobs, please visit: https://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000