Berita Terkini

Pertandingan Malaysian World Band Competition (MWBC) & National Competition (NATCOMP) 2023

ALOR SETAR, 27 Disember - Violet Master Crew (VMC), UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat Naib Johan (Kategori Drumline Parade) serta menduduki tempat ke-4 (Kategori Drumline Battle) bagi

pertandingan Malaysia World Band Competition (MWBC) & National Band Competition (NATCOMP) 2023 pada 14 hingga 16 Disember 2023 yang diiringi oleh Encik Mohd Hafiz Zali, Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara beserta 2 orang jurulatih Kor Kesatria Brass Band. Kumpulan Violet Master Crew (VMC) telah bertolak ke Alor Setar, Kedah pada 13 Disember 2023.

Pertandingan ini adalah berkonsepkan penyertaan terbuka (Open) bagi semua kumpulan dari Malaysia dan dari luar negara. Seramai 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini dalam kategori drumline parade dan drumline battle. Antaranya adalah Voice of Percussion (Kuala Lumpur, Malaysia), Batteryheadz (Kuala Lumpur, Malaysia), Drum Corps Banda Acheh (Indonesia), MBUPN "Veteran" Yogyakarta (Indonesia), Forte Drumline (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), UiTM Pulau Pinang, UiTM Kedah dan UiTM Perlis.

Seramai 14 orang pelajar terlibat dalam kategori drumline parade dan 13 orang pelajar bagi kategori drumline battle. Tema yang dipilih pada kali ini ialah sukan iaitu sukan Baseball. UiTM Cawangan Kelantan menggunakan kepakaran jurulatih jemputan iaitu Encik Shamsulzaman Shamsudin (instructor) yang merupakan pakar dalam bidang percussion. Untuk makluman semua, ini merupakan penglibatan kali pertama Violet Master Crew (VMC) dalam pertandingan bertaraf antarabangsa.

Violet Master Crew (VMC) amat berterima kasih kepada Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan dan Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan kerana telah memberikan sokongan penuh atas usaha ini. Penghargaan juga turut dipanjangkan buat Puan Haziqah Ab Halim (Penasihat Violet Master Crew) dan Encik Khairul Anuar Ab Hamid (Penolong Pendaftar Kanan) serta Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Kelantan yang telah banyak membantu dalam merealisasikan penyertaan dalam pertandingan ini.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000