Canselor

Image
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti. DYMM Tuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen dan  bagindalah yang mempengerusikannya.  DYMM Tuanku Canselor menganugerahkan ijazah, diploma, sijil serta pencapaian akademik yang lain kepada sesiapa yang telah menjalani pengajian yang diluluskan oleh Universiti. DYMM Tuanku Canselor juga menganugerahkan ijazah kehormat atau sebarang anugerah seperti mana yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah selepas dibincangkan bersama Senat.  DYMM Tuanku Canselor juga melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalam Akta Universiti Teknologi MARA 1976 ( Akta 173).

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000