UiTM Tuan Rumah Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Petaling

SHAH ALAM, 31 JULAI 2022 – Universiti Teknologi MARA menjadi tuan rumah peringkat daerah Petaling sempena Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 dan telah menerima kehadiran kontinjen konvoi yang diketua

i Puan Wan Norhana Binti Mohamad, merangkap Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Selangor selaku ketua Kontinjen Konvoi bersama 12 kenderaan jenis pacuan empat roda (4×4) dan 25 motor berkuasa tinggi yang diwakili semua kementerian/jabatan/agensi dan NGO.

Flag off Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 telah berlangsung pada 30 Julai 2022 oleh YAB Perdana Menteri di Istana Kehakiman sempena Majlis Pelancaran Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 ini berkonsepkan “Pass Baton” dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor berkata pemilihan UiTM sebagai tuan rumah acara gemilang ini umpama telah ditakdirkan. Pada tahun ini dimana kita menyambut hari kemedekaan negara yang ke-65, usia UiTM juga baru memasuki angka ke-65 pada tahun lepas. “ Persamaan ini kebetulannya hanya dimiliki oleh UiTM yang lahir, membesar dan dewasa bersama-sama dengan usia negara tercinta ini. Apabila bercakap tentang sesuatu yang telah menjangkau usia lebih dari setengah abad maka kita perlu melihat perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam jangka masa ini. Analogi transformasi negara Malaysia semenjak merdeka sehinggalah ke hari ini mempunyai banyak persamaan dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada UiTM.”

“Menjadi sebuah universiti tersohor bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi inilah yang kita akan lakukan. Kita ingin melihat kejayaan anak-anak UiTM menjadi orang-orang penting yang berperanan besar mengisi kemerdekaan dan kemajuan negara dalam segenap bidang.” tambahnya lagi.

UiTM juga akan menyertai Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 ini dan akan meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu daerah Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan akan menyerahkan Baton Jalur Gemilang ini kepada Ketua Kontinjen Negeri Perak pula, pada 1 Ogos 2022, di Telok Intan, Perak.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000