Logo Universiti

rasional_logo.jpg
Bentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan ilmu di Universiti Teknologi MARA.

Lima bentuk yang menyerupai buku yang menjulang ke atas melambangkan kepelbagaian bidang ilmu dan kepelbagaian peringkat pengajian yang ditawarkan seperti Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Lima bentuk ini juga melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan pelajar.

Buku yang diletakkan di atas rihal menjadi asas kepada pembentukan logo Universiti Teknologi  MARA. Penggunaan buku melambangkan sumber ilmu. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, teras segala ilmu.

Termasuk dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikan kepada pelajar adalah berdasarkan kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah.

Penggunaan rihal melambangkan universiti sebagai dataran untuk menyampai dan memancarkan ilmu.

Dua bilah keris bersilang melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu untuk menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.

Bentuk berlian empat segi separuh digilap melambangkan peranan Universiti Teknologi MARA untuk memajukan Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia.

Bentuk bulat dalam bentuk keseluruhan logo melambangkan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah universiti bersifat global, unggul dan berdaya saing.

Warna Logo

  •     Biru tua membawa maksud kematangan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai peringkat pengajian.
  •     Ungu melambangkan kecemerlangan ilmu yang berbentuk global.
  •     Kuning melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu dalam mencemerlangkan kualiti pendidikan negara.
  •     Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan kepada pelajar.

Keseluruhan bentuk logo masih mengekalkan bentuk tradisi supaya identiti keilmuan dan gedung ilmu kekal berpanjangan.

Pautan Kerajaan

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, KPM
Portal Rasmi MAMPU Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Portal Rasmi MQA
Laman Web Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia Laman Web Rasmi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Budaya Perdana UiTM
Buku Nilai & Etika Warga UiTM

Moto

Usaha,

Taqwa,

Mulia

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Web Media UiTM
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Pertanyaan Umum:
Chief Information Officer (CIO)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pertanyaan Laman Web:
Pentadbir Laman Web
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 
 

Cari Kami Juga di: