Kerjaya dengan UiTM

Memohon Jawatan Kosong

Jawatan Kosong (Akademik & Pentadbiran)

Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Shah Alam dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran secara kontrak di Pusat Zakat, Sedekah & Wakaf Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Muat turun: Iklan Jawatan Kosong     Borang Permohonan Perjawatan UiTM

A. JAWATAN/SKIM PERKHIDMATAN

B. SYARAT LANTIKAN

1) PENGURUS ZAKAT (KONTRAK) GRED N41
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,911.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerjaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2114.43.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2) PENOLONG PENGURUS ZAKAT (KONTRAK) GRED N29
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


C. PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.
b) Hanya Permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :-
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
iii. Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
iv. Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
v. Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon

d) Pemohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

D. PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) di http://acis.uitm.edu.my dan juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA, 40450 SHAH ALAM SELANGOR.


Sila kemukakan permohonan kepada :-
BAHAGIAN PENTADBIRAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH TUTUP PENERIMAAN BORANG IALAH PADA: 11 MAC 2019 (ISNIN)
Bil. Rujukan : 500-BPD(BPO.24/4/2)
Bil Iklan : 01/2019
Tarikh : 20 FEBRUARI 2019

Untuk memohon jawatan kosong Pentadbiran di UiTM secara dalam talian, sila layari http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/.

 

Kekosongan Jawatan

Untuk Mendaftar sebagai Pencari Kerja / Majikan

Sila klik http://www.jobshop.uitm.edu.my.


Apa itu Jobshop.UiTM

Jobshop.UiTM adalah sebuah portal mencari kerja dalam talian yang telah beroperasi sejak Mac 2007. Sistem ini telah dibangunkan khusus untuk membantu pelajar UiTM/ graduan untuk mendapat kerja. Ia juga berupaya menemukan pelajar/graduan dengan majikan mereka.

 

Bagaimana Jobshop.UiTM Boleh Membantu Anda

Sebagai Pencari Pekerjaan

Graduan yang mempunyai pengalaman bekerja atau pelajar tahun akhir/siswazah baharu yang masih mencari kerja dapat memanfaatkan sistem ini melalui kepelbagaian fungsi yang ditawarkan seperti:

  • Pendaftaran & memaklumkan 'resume' secara percuma.
  • Pelbagai peluang pekerjaan / iklan untuk latihan.
  • Tip - tip kerjaya & maklumat terkini mengenai industri.
  • Peluang ditemuduga oleh syarikat dalam kadar yang segera.
  • Peluang bekerja di syarikat bertaraf tempatan atau antarabangsa.

Sebagai Majikan

Setkan akaun anda bagi memperolehi faedah berikut:

  • Pendaftaran Percuma
  • Iklan untuk Latihan Kerja, Latihan Industri, Peluang Kerja tanpa had.
  • Permohonan untuk mengadakan temuduga dalam kampus (On Campus Job Interview).
  • Mencari pekerja secara dalam talian.
  • Peluang untuk mengambil bahagian di dalam Hari Kerjaya / Ceramah Kerjaya UiTM
  • Peluang untuk mendapat pekerja yang berkelayakan daripada 24 fakulti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jobshop.UiTM, sila hubungi:

Pusat Kerjaya & Kaunseling
Bahagian HEP & Alumni
Aras 5, Bangunan Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-5544 2386/ 5521 1480/1482
Faks: 03-5544 3493

Pautan Kerajaan

mygov KPT jmu
mof AKEPT budayaperdana
10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 
 

Cari Kami Juga di: