
Pra-Diploma
Program Pra-Diploma ini merupakan initiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma. Setelah tamat menjalani program pra, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.
Peluang ini membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
Peluang ini membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
BAGAIMANA?
- PERMOHONAN NO PIN
E-melkan permohonan untuk mendapatkan no pin kepada PPT Kampus mengikut negeri alamat semasa pemohon. Muat Turun senarai emel kampus PPT - BORANG PERMOHONAN ATAS TALIAN
Layari laman sesawang https://online.uitm.edu.my/ppt untuk melengkapkan borang permohonan. Rujuk manual Pendaftaran - PENYERAHAN DOKUMEN LAMPIRAN
Please email the attached document to the PPT Campus according to the state of the applicant's current address. Download the PPT campus email list
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Sijil SPM/SPM ulangan
- Salinan Sijil Kelahiran pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa*
- Salinan Sijil Kelahiran Ibu & Bapa*
- Salinan Slip Pendapatan Ibu & Bapa atau Surat Pengesahan Pendapatan (jika tidak mempunyai slip/penyata)
- Sijil Kematian / Penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
- Kelulusan / Slip Bantuan Sara Hidup Rakyat (jika berkaitan)
- Sijil pencapaian Atlet (Untuk permohonan Laluan Khas PPT Atlet sahaja)
Untuk dokumen seperti Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran yang telah hilang, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah membangunkan sistem cabutan/ sijil kelahiran dalam talian. Sila layari https://oslhr.jpn.gov.my
SENARAI PROGRAM
- Pra-Diploma Sains
- Pra-Diploma Perdagangan
- Pra-Diploma Agroteknologi
- Pra-Diploma Pengajian Islam
- Pra-Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera)
Untuk menghubungi pegawai kami mengenai Program Pra-Diploma:
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT),
Kompleks Antarabangsa,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,Selangor
Tel: 03-5521 1443/1448
FaKS: 03-5543 7969
Web: https://pppt.uitm.edu.my