Falsafah & Objektif
Falsafah
Kita percaya Allah SWT menganugerahi manusia dengan bakat, minat dan kecenderungan yang sekiranya diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui penjanaan, pemindahan dan pengintegrasian ilmu secara terbuka serta penerapan nilai-nilai Islam, mereka berkemampuan menjuarai transformasi diri, masyarakat dan negara.
Objektif
Memperluas akses pendidikan tinggi
Menyediakan pendidikan terkehadapan bertaraf dunia
Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah untuk kemajuan negara dan kemakmuran global
Menggilap kepimpinan graduan holistik, serba boleh dan berciri keusahawanan yang kompetitif sehingga ke peringkat global.
Memperkasa penghayatan falsafah dan nilai warga UiTM melalui program pengukuhan insan dan suri teladan.
Mengungguli kesarjanaan ilmu terkehadapan melalui penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan berimpak tinggi serta lestari.
Melebar luas jaringan melalui sinergi bersama alumni, industri, akademia, komuniti dan kerajaan untuk memperkasakan bidang tumpuan strategik universiti.
Menjuarai kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien selari dengan agenda kelestarian global.
Menyediakan infrastruktur kondusif dan ekosistem digital terkehadapan.
Menjana pendapatan, mengurus sumber dan kewangan dengan cekap, telus, berintegriti dan efektif bagi kelestarian organisasi
