Latest News

Robots & AI : An International Partnership

1 Julai 2022 – Telah berlangsung program “Robots & AI: An International Partnership” antara UiTM & EUREKA Robotics Centre, Cardiff Metropolitan University bertempat di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan UiTM Shah Alam. Majlis dihadiri oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman

, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UiTM, YBhg. Prof Nooritawati Md Tahir, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), YBhg. Prof. Dato’ Mohd Zaki Salleh, Pengarah, Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE), YBhg. Prof. Dr Zakiah Ahmad, Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Kolej Pengajian Kejuruteraan, barisan penyelidik dan profesor daripada UiTM serta kumpulan makmal penyelidikan EUREKA, Universiti Metropolitan Cardiff.

Pengenalan dan perkongsian berkenaan Pusat Robotik EUREKA telah dibentangkan oleh YBrs. Dr Esyin Chew, Pengarah dan Pengasas Pusat Robotik EUREKA, Cardiff Metropolitan University dan YBrs. Dr Barry Bentley, Timbalan Pengarah Pusat Robotik EUREKA Cardiff Metropolitan University.

Turut berlansung sesi serahan EUREKA Robot kepada kumpulan penyelidik UiTM yang diwakili oleh YBrs. Dr Rozita Jailani, serta sesi demonstrasi oleh penyelidik daripada Pusat Robotik EUREKA.

Semoga melalui program ini lebih banyak hubungan strategik di antara UiTM & pihak industri dapat terjalin pada masa akan datang bagi mencapai Global Renowned University pada tahun 2025.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000