Latest News

Techlympics 2022: Millennial Inventor Outreach Anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Jazro Robotic Academy

MACHANG, 21 Ogos – Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan melalui Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dengan kerjasama

pihak industri,Jazro Robotic Academy, telah menganjurkan program Techlympics 2022: Millennial Inventor Outreach pada 8 Ogos 2022. Program ini merupakan inisiatif pemerkasaan pendidikan Sains dan Teknologi di bawah FSKM melalui pendedahan bidang robotik kepada pelajar-pelajar sekolah beraliran agama.

Program bersama industri ini dilaksanakan bagi menyediakan para pelajar dengan pengetahuan teknologi serta kesedaran tentang kepentingan kemahiran teknologi pada abad ini, era lndustri Revolusi 4.0 (IR4.0). Ianya juga dapat memberi peluang kepada peserta di kawasan Pantai Timur untuk mendapatkan pengalaman mengendali mekanikal dan elektronik komponen untuk ilmu teknologi digital serta meningkatkan kemahiran pengaturcaraan melibatkan robotik dan mikropengawal.

Program kerjasama UiTM bersama Pihak Jazro Robotic Academy ini telah melibatkan wakil-wakil pelajar Diploma Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat sebagai fasilitator bagi aktiviti pemindahan ilmu teknologi robotik dan pengaturcaraan. Program Fasa 1 ini telah dijalankan selama dua hari di sekolah Maahad Syamsul Maarif (L), Labok, Maahad Tahfiz AI-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Maahad Syamsul Maarif (P), Pulai Chondong dan Kolej Tahfiz Sains, Nurul Aman, Kok Lanas. Fasa 2 sedang dirancang dan diadakan tidak lama lagi bagi memluaskan pengetahuan robotik di negeri Kelantan dan seluruh Pantai Timur.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000