Latest News

Pusat Pengajian Industri Perkayuan UiTM Cawangan Pahang Bersama Membantu Pembangunan Memanah Negeri Pahang

Pusat Pengajian Industri Perkayuan dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Pahang telah berjaya menghasilkan

alat pengukur untuk ‘outdoor target buttress set-up’ atau lebih dikenali dikalangan penggiat memanah sebagai ‘Kuda Kepang’.

Alat ini digunakan untuk memastikan sasaran memanah berada pada ketinggian 130cm (+/- 5cm) dan sudut kecondongan 10-15 darjah mengikut undang-undang ‘World Archery’. Lebar tapaknya pula adalah 30 cm. Bagi memastikan Kuda Kepang ini bertahan lama, papan lapis Weather and Boil Proof Plywood (WBP) telah digunakan. Papan lapis dipilih kerana ia tahan kepada kelembapan, tidak mudah kembang dan pecah terutama ketika digunakan di musim hujan.

Menurut Puan Puan Norhafizah Rosman, produk ini adalah prototype yang dihasilkan daripada produk sedia ada. Prototype ini akan digunakan dilapangan untuk mendapat maklum balas pengguna. Seterusnya, penambahbaikan akan dibuat untuk memastikan keberkesanan pengguna alat pengukur ini.

Untuk rekod, kerjasama Pusat Pengajian Industri Perkayuan dan penggiat memanah negeri Pahang telah terjalin semenjak 2006 lagi, dimana, Pusat Pengajian ini telah menghasilkan 20 ‘target stand’ untuk kegunaan Kejohanan Memanah Jemputan UiTM Cawangan Pahang 2007.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Rektor Penyelikan dan Jaringan Industri (PJI), Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman kepada Presiden Persatuan Memanah Negeri Pahang, Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad yang turut disaksikan oleh Ketua Pusat Pengajian Industri Perkayuan, Puan Norhafizah Rosman serta Pembantu Kemahiran, Encik Abdul Rahman Ahmad.

Penglibatan Pusat Pengajian Industri Perkayuan UiTM Cawangan Pahang dalam pembangunan memanah bersama Persatuan Memanah Negeri Pahang ini sekali gus telah menyahut Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan.

Secara khususnya, terdapat 17 matlamat yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang turut merangkumi kemajuan masyarakat, perlindungan sosial, kesihatan, kemiskinan, pendidikan, peluang pekerjaan, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000