Latest News

Universiti Teknologi Mara Menerima Anugerah Islamic Social Responsibility Award 2022 Sempena Global Islamic Finance Awards 2022

SHAH ALAM, 14 NOVEMBER 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menerima anugerah Islamic Social Responsibility Award 2022

di dalam Global Islamic Finance Awards (GIFA) bagi tahun 2022. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas segala sumbangan tanggungjawab sosial Islam menerusi instrumen Zakat dan Sedekah yang telah banyk membantu para pelajar, kakitangan universiti dan juga masyarakat awam di Malaysia.

Menerusi Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) yang ditubuhkan sejak tahun 1998, UiTM telah menyalurkan bantuan Zakat melebihi RM50 juta kepada lebih 112,000 orang penerima dalam kalangan pelajar dan warga UiTM yang memerlukan. Sumbangan ini merupakan suatu usaha yang mulia dan sangat bermakna kerana ia adalah komitmen dan tanggungjawab bersama seluruh warga UiTM untuk membantu pelajar dan warga UiTM yang memerlukan.

Majlis penyampaian anugerah Islamic Social Responsibility Award 2022 ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Republic of Djibouti, His Excellency Abdoulkader Kamel Mohamed kepada wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Ashrof Zaki Yaakob selaku Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), dan disaksikan oleh Professor Dr Humayon Dar, Pengasas Global Islamic Finance Awards (GIFA). Majlis berlangsung pada 14 September 2022 di Djibouti Palace Kempinski, Djibouti, Afrika Timur.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000