Latest News

Program Rise Together with FPA: Transisi ODL ke F2F Anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Pahang

Pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia telah sedikit sebanyak menjejaskan sistem akademik di Malaysia khasnya.

Namun begitu, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah berjaya dilakukan secara Open Distance Learning (ODL).

Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Pahang yang menumpukan kepada P&P secara bersemuka setelah beberapa semester terpaksa menjalankan P&P secara ODL. Justeru, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM Cawangan Pahang (UCPh) telah menjalankan satu program iaitu Rise Together with FPA: Transisi ODL ke F2F pada 26 Oktober 2022, bertempat di Dewan Merpati, UiTM Cawangan Pahang.

Sasaran peserta adalah terdiri daripada semua pelajar Pra Diploma Agroteknologi (AT001/002) dan pelajar Diploma Pengurusan Ladang (AT110). Antara objektif program ini ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada peralihan yang berlaku daripada ODL ke bersemuka dalam P&P, Makmal dan Amali Ladang. Selain itu, program ini dapat berkongsi pendapat, pengalaman dan cabaran yang dihadapi ketika menjalankan sesi ODL bersama pelajar. Para pelajar juga berpeluang untuk bertemu dan berbincang dengan Penasihat Akademik masing-masing supaya dapat merancang pengajian dengan lebih licin.

Program ini telah disempurnakan oleh Ts Fazidah Rosli selaku Ketua Pusat Pengajian FPA UCPh serta Cik Nurulatika Minhad selaku Koordinator Pengurusan Ladang merangkap Pengarah Program bagi program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Mohamad Amir Shah Yusop dan Puan Noorshilawati Abdul Aziz sebagai penceramah program.

Program ini diharapkan akan menjadi program tahunan bagi FPA UiTM Cawangan Pahang. Semoga program ini dapat memberikan input yang berguna kepada semua pelajar untuk diaplikasikan dalam pembelajaran secara bersemuka mereka.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000