Latest News

Pelajar Akhir Undang-Undang UiTM Bertemu Pemain Industri Sebelum Graduasi Melalui UiTMLaw: Career Networking 4.0

SHAH ALAM, 7 JANUARI 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Undang-Undang hari ini telah menganjurkan program

UiTMLaw: Career Networking 4.0, acara ini melibatkan para ahli industri undang-undang negara bertemu dengan para pelajar jurusan undang-undang semester terakhir UiTM dalam usaha menguatkan jaringan bersama industri serta peluang pekerjaan dan latihan dalam kamar usai tamat belajar.

Organisasi-organisasi yang terlibat merupakan para pengamal profesional undang-undang yang terdiri daripada pelbagai disiplin undang-undang, seperti Pejabat Ketua Hakim Negara, Jabatan Peguam Negara, Maybank, Petronas, Tetuan Zaid Ibrahim & Co., Tetuan Richard Wee Chambers, Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, Tetuan Skrine, Tetuan Shearn Delamore & Co., Tetuan Thomas Philip, Tetuan Lee Hishamuddin, Allen & Gledhill, Tetuan Zul Rafique & Partners, Tetuan Azmi & Associates, Tetuan Shook Lin & Bok, Tetuan Raja, Darryl & Loh, Tetuan Gan Partnership, Tetuan K K Lim, Tetuan Lim Chee Wee Partnership, Tetuan Izwan & Partners, Tetuan Zharif Nizamuddin, Tetuan Nurainie Haziqah & Co, Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, Tetuan Fareez Shah & Partners dan Tetuan AmirFaliq & Syahindah.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM. Beliau di dalam ucapannya telah berkata, “Kebolehpasaran para pelajar menjadi fokus utama UiTM dalam setiap objektif dan aktiviti yang dirancang. Oleh yang demikian, para pelajar harus kekal proaktif kepada perubahan industri dan keperluan semasa. Mereka juga harus mengecapi kecemerlangan secara komprehensif dan menyeluruh demi memenuhi keperluan industri profesional.”

“Malah, inisiatif seperti program ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman industri dan rangkaian sebelum tamat pengajian. Dari usaha inilah UiTMLaw mengekalkan kadar kebolehpasaran yang tinggi dan mengukuhkan reputasinya yang kukuh di kalangan majikan industri. Ia adalah bukti komitmen UiTM kekal bersama alumni dan pemain industri utama kami untuk memupuk graduan undang-undang dengan lebih baik sebagai generasi baharu profesional undang-undang,” ujar beliau.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000