Latest News

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengan TEKUN Corporation Sdn. Bhd.

SHAH ALAM, 15 OGOS 2023 – Satu Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 15 Ogos 2023 pada jam 10.30 pagi

di Hotel De Palma, Shah Alam di antara UiTM bersama Tekun Corporation Sdn Bhd.

Jalinan kerjasama ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menguatkan, menggalakkan dan membangunkan aktiviti keusahawanan dan kebolehpasaran graduan UiTM melalui aktiviti perniagaan serta peluang kerjaya bersama. Memetik kata Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, beliau amat berterima kasih dengan kewujudan TEKUN MART sebagai sebuah kedai serbaneka yang telah banyak mempermudahkan urusan pelajar mendapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan dalam kawasan kampus.

Beberapa kampus seperti kolej kediaman di UiTM Shah Alam, UiTM Kampus Seremban, UiTM Kampus Sungai Petani dan UiTM Kampus Pasir Gudang telah dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan sekaligus ia juga memberi peluang pekerjaan sampingan kepada para pelajar. Kolaborasi ini juga akan memupuk bidang keusahawanan di peringkat universiti dan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, peluang penempatan latihan industri pelajar UiTM bersama TEKUN Corporation Sdn. Bhd juga bakal memberi manfaat kepada pelajar UiTM.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000