Latest News

SACC Convec Sdn. Bhd. Meterai Perjanjian bersama UiTM bagi Penganjuran Persidangan Akademik Antarabangsa InvENT 2024 dan Ekspo AI Selangor

16 MEI 2024, SHAH ALAM : Majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara pihak SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB)

dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini bagi merealisasikan sebuah Program Memasyarakatkan AI yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 21 Ogos 2024.

Dua sub-program di bawah Program Memasyarakatkan AI akan diadakan di SACC adalah Persidangan Akademik Antarabangsa InvENT 2024 dan Ekspo AI Selangor yang bakal dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Persidangan InvENT 2024 akan mengetengahkan pakar AI iaitu Profesor Dr. Hamido Fujita yang akan memberi ucaptama persidangan bertajuk Views on Artificial Intelligence and Machine Learning perspectives. Sebanyak 100 kertas kerja akan dibentangkan dan diterbitkan di prosiding berindeks: Atlantis Press, Springer. Semua kertas kerja juga berpeluang untuk diterbitkan di jurnal berindeks Scopus/WoS.

Program Memasyarakatkan AI yang bertemakan 'Konvergensi Inovasi Dengan Jiwa: AI dalam Keusahawanan, Teknologi & Pendidikan' adalah sebuah program anjuran kerjasama sinergi di antara Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan dan UiTM Global.

“Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai perkembangan dan penggunaan Kecerdasan Buatan Artificial Intelligence (AI) di Malaysia, disamping memberikan ketampakan kepakaran UiTM dalam bidang AI melalui projek penyelidikan dan kemasyarakatan”, ujar Professor Datuk Dr Shahrin, Naib Canselor UiTM.

Menurut beliau lagi, bagi memberikan nilai tambah kepada program ini dan memberikan impak yang tinggi, penganjuran program ini akan menggunakan pendekatan Experiential AI dimana peserta dan pengunjung berpeluang mencuba teknologi AI yang dipamerkan. Penganjuran program ini juga bertepatan dengan Sambutan 25 tahun UiTM.

Objektif penganjuran Program Memasyarakatkan AI adalah Memberikan ketampakan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang giat berkecimpung dalam bidang AI melalui penyelidikan dan inisiatif kemasyarakatan dan ngeratkan kerjasama antarabangsa di antara UiTM dan universiti lain di Rantau Asia Pasifik.

Selain dua sub-program yang akan diadakan di SACC, sub-program yang ketiga iaitu Hari Terbuka AI @ UiTM dan Majlis Perasmian akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA Shah Alam, pada 19 Ogos 2024 dengan ucaptama dan perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tajuk ucaptama beliau iaitu Memasyarakatkan Kecerdasan Buatan (AI) Berteras Kerohanian Ke Arah Malaysia Madani.

Sub-program ini merupakan penyerlahan ketampakan UiTM yang giat berkecimpung dalam bidang AI secara intensif dan meluas. Dijangkakan seramai 3000 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, pelajar sekolah, tenaga pengajar, masyarakat umum termasuk rakan kolaborasi strategik UiTM, rakan industri antarabangsa dan tempatan, dan ahli akademik akan dijemput menghadiri program ini.

Pelbagai pengisian berasaskan teknologi AI telah dirancang bagi Program Memasyarakatkan AI ini, termasuklah:

  • Sesi “Pocket Event” perkongsian pengetahuan mengenai teknologi AI oleh tenaga akademik UiTM dan pemain industri antarabangsa dan tempatan.
  • Pameran teknologi AI oleh pihak industri dan agensi- agensi kerajaan dan masyarakat.
  • Pameran hasil penyelidikan teknologi AI dari UiTM.
  • Permainan AI Interaktif.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000