Latest News

Bual @IMPAK Siri Khas Adiwangsa bersama Mantan Naib Canselor UiTM yang ke 6, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor .

7 Ogos 2024 – Program Bual @IMPAK Siri Khas Adiwangsa bersama Mantan Naib Canselor menampilkan Naib Canselor UiTM yang ke 6,

YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor yang  diadakan di  Galeri Tun Abdul Razak dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Naib Canselor wanita pertama UiTM ini mempunyai personaliti kepimpinan yang mementingkan displin dan kekuatan dalam pentadbiran yang sistematik. Pengalaman ketika menghadapi cabaran hebat seperti COVID-19 dan bencana banjir, tokoh hebat ini mengambil pelbagai inisiatif dan usaha menangani kekangan ini terutamanya melibatkan ramai pelajar dan juga masyarakat setempat. Khidmat bakti beliau sentiasa menjadi inspirasi buat warga UiTM dan beliau turut menegaskan kepentingan menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pihak untuk memperkukuh sinergi universiti.

Beliau dengan nada sebak turut bersemangat apabila berkongsi pelbagai pengalaman sepanjang berkhidmat di institusi ini dalam menyatakan tentang pentadbiran, strategi governan, dan juga teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Episod kali ini dimudahcara oleh YBrs. Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) dan YBrs. Puan Umaimah Kamarulzaman, Ketua Unit Pengembangan Ilmu IMPAK.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Dekan ACIS), Encik Zulkifli Mohamed (Presiden Kesatuan kakitangan Umum UiTM (KKUiTM) dan Encik Saharuddin Lin (Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM – MITASA).

Semoga pesanan dan nasihat YBhg. Datuk Roziah sentiasa mekar di ingatan dan beliau mendoakan agar UiTM akan terus mara dan maju dalam mewujudkan ruang dan peluang pendidikan tinggi serta memupuk keberanian mengharungi laluan yang belum pernah dirempuh (unchartered path).

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000