Latest News

Lawatan Kerja YBhg. Profesor Datuk Naib Canselor Universiti Teknologi Mara ke UiTM Cawangan Pahang

Pada 7 Mac 2022, Lawatan Kerja YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara telah berlangsung dengan jaya dan lancar seperti yang dirancang.

Antara aturcara lawatan kerja yang telah dijalankan ialah sesi taklimat dan ucapan pengenalan kampus oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang dan seterusnya ucapan oleh YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor. Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor bersama warga UiTM Cawangan Pahang. Seterusnya, delegasi lawatan dibawa ke Ladang Fertigasi, Melalui Kawasan Ternakan Lembu dan Tapak Ternakan Madu Kelulut.

Aturcara diteruskan dengan lawatan ke Kawasan Kilang Industri Perkayuan dan YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor sempat menanam pokok kebangsaan iaitu Pokok Merbau sebagai sokongan kepada kempen menghijaukan kampus. Prof. Datuk Naib Canselor dibawa ke Padang Latihan Memanah UiTM Cawangan Pahang dan akhirnya dibawa ke Pusat Latihan Inkubator MASMED.

Program lawatan disambung di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, bermula dengan Ucapan Naib Canselor dan juga sesi dialog bersama warga Kampus Raub. YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor di bawa melawat Makmal Komputer Apple. YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor bertolak pulang ke Shah Alam selepas selesai solat maghrib.
Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan kerja ini. Semoga semua pihak mendapat manfaat dari lawatan ini.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000