SDG GOAL 2

Zero Hunger

Effectively Addressing Students’ Basic Needs Requires Campus-wide Efforts Through HEP Care Fund

 Seramai 200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang kini tidak lagi ‘ikat perut’ apabila mereka mendapat manfaat program Zero Hunger 2020 yang dilancarkan hari ini.

Program itu memperkenalkan kawasan pengagihan bank makanan yang berperanan memberikan makan minum kepada pelajar terpilih bagi mengelakkan mereka kelaparan akibat tidak mampu dari segi kewangan.

Rektor UiTM Machang, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed berkata, program itu adalah inisiatif khas dalam menjaga kebajikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang sebelum ini hanya makan sekali sehari dan kerap berpuasa kerana tiada wang untuk membeli makanan. Katanya, program itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan dan penaja korporat seperti Edlee Fried Chicken, KS Chu Marketing, IMPAK, Koop Ummah, Kayangan Properties dan penaja individu.

Berita Selanjutnya: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/555167/200-pelajar-uitm-tidak-lagi-ikat-perut

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000