Tombak Agung
Tombak Agung yang terdiri daripada sepasang tombak; satu berlok lima dan satu lagi bermata daun buluh, merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsa dan negara. Motif keseluruhan batang tombak diambil daripada reka bentuk kubah yang membawa maksud UiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu ke arah membina kebaikan dan menolak kemungkaran, khususnya dalam kalangan mahasiswa.
Mata tombak berlok lima mencerminkan lima Rukun Islam. Manakala yang bermata daun buluh menggambarkan kekayaan seni reka Melayu yang asli. Penghias tombak ialah ukiran destar perak bermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbol ketinggian tamadun bangsa Melayu.
Bahagian batang tombak pula dihiasi dengan ukiran perak bunga tanjung, manakala bahagian atasnya terdapat logo dan moto UiTM “Usaha, Takwa, Mulia” ditulis dengan khat thuluth. Logo dan moto ini menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan berlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan bumiputera yang menguasai maklumat dan teknologi.
Cokmar
Cokmar atau lambang kuasa UiTM bermotifkan sebilah keris yang dinamakan “Keris Agung” dan diiringi dengan “Tombak Agung”. Kedua-duanya melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung, kukuh dan murni.
Keris Agung
Keris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran yang terdapat pada “Keris Agung” ini menepati makna dan tujuan penciptaannya. Motif ukiran ini menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekali gus melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung.
Ciri-ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada “Keris Agung” melambangkan falsafah penubuhan UiTM. Ia digarap daripada idea penciptaan sebilah keris yang bernama “Keris Potong Barat”.
Motif ukiran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, pendongkoknya bermotifkan pucuk rebung dan sarungnya bermotifkan bunga tanjung.
Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning diraja, menggambarkan lambang Kesultanan Melayu. Motif pucuk rebung melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswa menjadi graduan profesional. Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkan identiti negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeri Selangor Darul Ehsan.
Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM pada ukiran perak, bahagian pangkal sarung keris. Bahagian tengah sarungnya pula tertera tulisan khat thuluth yang mempamerkan moto UiTM, iaitu “Usaha, Takwa, Mulia”.

Logo Universiti

Bentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan ilmu di Universiti Teknologi MARA.
Lima bentuk yang menyerupai buku yang menjulang ke atas melambangkan kepelbagaian bidang ilmu dan kepelbagaian peringkat pengajian yang ditawarkan seperti Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
Lima bentuk ini juga melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan pelajar.
Buku yang diletakkan di atas rihal menjadi asas kepada pembentukan logo Universiti Teknologi MARA. Penggunaan buku melambangkan sumber ilmu. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, teras segala ilmu.
Termasuk dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikan kepada pelajar adalah berdasarkan kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Penggunaan rihal melambangkan universiti sebagai dataran untuk menyampai dan memancarkan ilmu.
Dua bilah keris bersilang melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu untuk menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.
Bentuk berlian empat segi separuh digilap melambangkan peranan Universiti Teknologi MARA untuk memajukan Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia.
Bentuk bulat dalam bentuk keseluruhan logo melambangkan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah universiti bersifat global, unggul dan berdaya saing.
Warna Logo
- Biru tua membawa maksud kematangan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai peringkat pengajian.
- Ungu melambangkan kecemerlangan ilmu yang berbentuk global.
- Kuning melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu dalam mencemerlangkan kualiti pendidikan negara.
- Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan kepada pelajar.
Keseluruhan bentuk logo masih mengekalkan bentuk tradisi supaya identiti keilmuan dan gedung ilmu kekal berpanjangan.