Tentang UiTM

About us
Trusted Brand Logo
Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, 4 kolej pengajian, 14 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara.

UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, serta Program Profesional. UiTM sentiasa meluaskan akses pendidikan tinggi dan memainkan peranannya dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.

Antara pencapaian terhebat, UiTM berada pada kedudukan ke-98 dalam QS Asia University Rankings 2024, berada pada kedudukan 555 dalam QS World University Rankings 2024, serta berada pada kedudukan dalam =599 dalam QS World University Rankings: Sustainability 2024, ke-151 di Asia dan ke-13 di Malaysia. Subjek Hospitality and Leisure Management pernah berada pada kedudukan ke-42 terbaik di dunia daripada 13 subjek UiTM lain yang tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2023. UiTM turut berada pada kedudukan 101-200 dalam penarafan Times Higher Education Impact Rankings 2023 dan menerima anugerah 3G SDGs Championship Award 2022. Pada Jun 2022, UiTM dipilih sebagai penerima Reader’s Digest Trusted Brand Gold Award 2022 kali ke-12 bagi kategori Universiti Awam dan untuk pertama kalinya menerima anugerah The BrandLaureate BestBrands Awards 2022 – The Nation’s Pride Higher Education. Dalam UI GreenMetric World University Rankings 2023, UiTM mencapai kedudukan ke-111 dengan lonjakan 17 anak tangga daripada kedudukan ke-128 pada tahun lepas. .

Dengan lebih daripada 700,000 alumni dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin pada peringkat kebangsaan, industri dan global bagi mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti dikenali dunia menjelang tahun 2025.

FACT & FIGURES

UiTM Data

Graduates
1,055,977

Students
187,539

Staff
18,983

Programmes
515

Campuses
34

Postgraduate Students
10,317

Professors
196

* | Source: University Transformation Division

ACHIEVEMENT

0
QS Asia University Rankings 2024

0
QS University Rankings
2024

0
Subjects ranked in the QS World University Rankings by Subject 2023
0
=599 di dunia QS World University Rankings: Sustainability 2024

LOKASI UiTM

Image

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000