Berita Terkini

Universiti Teknologi Mara Jalin Kerjasama Bersama National Institute Of Technology (KOSEN), Tokyo Buat Julung Kali

SHAH ALAM, 14 NOVEMBER 2022 – Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara

Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama National Institute of Technology (KOSEN), Kolej Tokuyama telah diadakan di ibu pejabat National Institute of Technology di Tokyo. Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan Presiden NIT, Kolej Tokuyama Prof Dr Hidenori Isai. National Institue of Technology (KOSEN) secara keseluruhan mempunyai sebanyak 51 cawangan di seluruh Jepun yang menawarkan pelbagai kursus pengajian di dalam bidang kejuruteraan.

Objektif utama MoU ini diadakan adalah bagi membuka ruang kerjasama yang lebih besar bersama pihak NIT, Kolej Tokuyama untuk mengadakan pelbagai usahasama dan projek berkaitan permohonan bersama geran penyelidikan, penyeliaan bersama pelajar pascasiswazah, mobiliti pelajar dan staf, penganjuran bersama seminar/ konferensi/ bengkel dan juga penulisan akademik bersama.

Berdasarkan keupayaan yang dimiliki oleh UiTM yang mempunyai ramai pakar penyelidik dalam pelbagai bidang kejuruteraan telah menarik minat pihak NIT, Kolej Tokuyama untuk meneruskan kerjasama dengan lebih erat melalui perjanjian MoU ini. Bagi majlis MoU ini pihak UiTM telah diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi) dan Prof. Engr. Ts. Dr. Mohamad Rusop Mahmood, Pengarah Institut Sains manakala bagi pihak NIT, Kolej Tokuyama telah diwakili oleh Prof. Dr. Kazuhito Amanai Vice President (Dean of Academic Affairs) dan Dr Asahi Nagai, International Officer. Dr. Aoki Hiroyuki, Senior Director, International Affairs.

Turut hadir wakil dari NIT (KOSEN) Tokyo adalah Prof. Dr. Inoue Mitsuteru, Senior Executive Director, Prof. Dr Aoki Hiroyuki Hiroyuki, Senior Director, International Affairs dan En. Tanaka Takahiro, Coordinator of International Affairs and Planning Division, manakala dari pihak UiTM adalah Prof. Dr. Zaibunnisa Abdul Haiyee dan En. Mohd Ruslan.

 

Selanjutnya

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000