Berita Terkini

Kecergasan Menjadi Prioriti Utama Naib Canselor UiTM: Profesor Datuk Dr. Shahrin Turun Padang Dalam Program UniFit

SHAH ALAM, 21 NOVEMBER 2023 – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin,

membuktikan komitmennya terhadap kecergasan dan sukan dengan menyertai Program Kecergasan Sukan Warga UiTM (UniFit). Program ini diletakan dalam "Vice Chancellor Special Project" yang dikendalikan oleh Pusat Sukan UiTM dan merupakan penyertaan rasmi pertama beliau sejak dilantik pada 2 November 2023.

Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin berkata, beliau amat meminati bidang sukan terutama berbasikal. Beliau sangat menyokong apa sahaja kegiatan sukan yang dianjurkan kerana beliau sangat yakin sukan dapat memartabatkan Universiti.

“UiTM sentiasa menitiberatkan mengenai hal kesihatan dan kecergasan. Banyak aktiviti sukan yang telah dianjurkan bagi menggalakkan warga UiTM terus sihat. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah UniFit Aerobic2u dan juga UniFit Cycling.

Program UniFit 2023 telah berlangsung selama 3 bulan sehingga hujung tahun 2023 dan akan terus dianjurkan pada tahun akan datang. Program UniFit melibatkan enam aktiviti iaitu UniFit Aerobic2u, UniFit Gym, UniFit Cycling, UniFit Swimming, UniFit running dan juga UniFit Walking.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000