Berita Terkini

Akmal Hasif Johan Sayembara Deklamasi Puisi Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia -China

SHAH ALAM, 7 JANUARI 2024 – Akmal Hasif Bin Mohamad Sukri, pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah di nobatkan sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi yang di anjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia -China.

Akmal Hasif telah mendeklamasikan karya YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan yang bertajuk “Menuntun Si Merdeka”, sekaligus berjaya mengenepikan 22 orang peserta yang daripada IPTA yang mewakili Malaysia. Tempat kedua dimenangi oleh wakil daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tempat ketiga milik wakil daripada Universiti Multimedia (MMU). Pertandingan ini turut disertai oleh 14 orang peserta yang mewakili China yang dimenangi oleh wakil daripada Universiti Minzu Guangxi.

Pelajar semester 3 – Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala iringan, sijil dan cenderahati buku yang disampaikan sendiri oleh YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan. Akmal Hasif yang juga merupakan majlis tertinggi Persatuan Aktivis Puisi (AKSI) UiTM Shah Alam ketika dihubungi berkata selain menjiwai setiap sajak dan puisi yang di deklamasikan, beliau berhasrat untuk membawa identiti, adat dan budaya Melayu di dalam persembahannya dan ingin mencari lebih banyak ruang bagi sayembara puisi di peringkat antarabangsa. Beliau turut berterima kasih kepada Puan Jamilah selaku penasihat AKSI UiTM yang sentiasa membuka ruang dan peluang buat beliau menyerlah di dalam pertandingan.

Sayembara Deklamasi Puisi Piala YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan menyaksikan 37 orang peserta mendeklamasikan puisi puisi pilihan karya YB Senator.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000