Berita Terkini

Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024 Universiti Teknologi MARA

4 November 2024 – Institut Kualiti dan Pengembangan lImu (InQKA) dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024 Universiti Teknologi MARA

bertempat di DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa mengutamakan pengurusan kuallti dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kualti perkhidmatan. Sejajar dengan itu, Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM telah mula diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai pengiktirafan kepada pengamalan budaya kualiti yang menyeluruh khususnya dalam kalangan warga dan Pusat Tanggungjawab (PTj) di dalam UiTM. Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam memastikan kita sentiasa relevan dan mampu bersaing serta dapat mengekalkan prestasi cemerlang secara konsisten.

Pada tahun 2024 ini, sebanyak empat puluh satu (41) Pusat Tanggungjawab (PTj) telah menghantar pelaporan AKNC di dalam sistem iAKNC berbanding tiga puluh lapan (38) pada tahun 2023. Seratus peratus (100%) penyertaan dari UiTM Cawangan, Fakulti dan Kolej Pengajian. Manakala, terdapat peningkatan penyertaan dari bahagian/jabatan. Kualiti laporan AKNC semakin baik saban tahun dan sebanyak tiga puluh enam (36) PTj telah mendapat markah enam ratus (600) dan ke atas, berbanding dua puluh sembilan (29) PTj pada tahun 2023. Markah purata bagi pelaporan tahun 2024 pula ialah tujuh ratus dua puluh perpuluhan tiga sembilan (720.39) berbanding tahun 2023 sebanyak enam ratus tujuh puluh tujuh perpuluhan satu lapan (677.18).

Pada pembentangan akhir AKNC ini, empat belas (14) finalis sebagaimana berikut telah mempamerkan laporan yang terbaik sebagai cerminan pembudayaan kualiti di PTj masing-masing telah membuat pembentangan yang hebat semuanya. Syabas dan tahniah!

Kategori: UiTM Cawangan

  • Universiti Teknologi MARA (Johor)
  • Universiti Teknologi MARA (Melaka)
  • Universiti Teknologi MARA (Perak)
  • Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

Kategori: Fakulti/Kolej Pengajian

  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
  • Fakulti Perakaunan
  • Fakulti Sains Gunaan
  • Fakulti Undang-Undang
  • Kolej Pengajian Alam Bina
  • Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik

Kategori: Bahagian/Jabatan

  • Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak

Barisan juri pembentangan akhir AKNC 2024 UiTM adalah YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib@ Sahibbudin, FASc, Naib Canselor UiTM (Ketua Juri), YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar, YBrs. Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pembangunan, dan YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000