Hospital UiTM Puncak Alam beri manfaat 3 juta penduduk (2)

PUNCAK ALAM - Hospital Pengajar Univerisiti (HPU) Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3 juta penduduk di kawasan Utara Selangor.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, hospital di kawasan seluas 11.2 hektar yang menelan belanja RM599 juta itu akan memulakan operasinya secara berperingkat bermula 5 April depan.

Menurutnya, pembinaan hospital pada April 2017 itu dilengkapi dengan kapisiti 400 katil, 98 klinik pakar, masing-masing 17 dewan bedah dan wad serta 16 kerusi dialisis.

"Hospital ini juga menempatkan bangunan akademik dan perubatan untuk kapisiti 750 penuntut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Hospital UiTM Puncak Alam di sini pada Selasa.

Noraini dalam ucapannya berkata, dengan jumlah penduduk sekitar pada masa ini, UITM mengunjurkan 'Return Of Investment' (ROI) melibatkan perbelanjaan perubatan sama ada secara rawatan pesakit luar atau pesakit dalam di hospital 10 tingkat itu dalam masa 30 tahun mencecah RM56 bilion," katanya.

Beliau berkata, kejayaan pembinaan hospital itu merupakan manifestasi kepada kesungguhan kerajaan dalam memastikan ilmu dan disiplin bidang perubatan mendasari program pendidikan tinggi disebarluaskan kepada masyarakat setempat.

"Saya juga ingin menekankan agar hospital ini sentiasa bersedia untuk berdepan dengan ekosistem kesihatan semasa negara, lebih-lebih lagi dalam keadaan ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

"Lokasi hospital ini sangat strategik dan sudah semestinya berpotensi untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha membendung wabak ini," katanya.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000