KAMI JAUHARI

Image

Pakar UiTM

Ada cerita mengenai pakar-pakar kami di UiTM.

SOROTAN PAKAR UITM

Berikut adalah artikel mengenai kepakaran UiTM. Kami mempunyai pakar yang terlibat dengan penyelidikan terkemuka dunia.

Image
Wong Tin Wu memberi fokus kepada bidang perubatan kepersisan (precision medicine) khusus untuk rawatan kanser, diabetes dan penyakit berjangkit. Beliau menginovasi perubatan menggunakan nanoteknologi dan sains zarah melalui penggunaan ubat yang dikhususkan kepada individu, sekaligus menjadikannya rawatan yang berkesan untuk pesakit.
Mohamad Rusop Mahmood merupakan saintis dalam bidang Nanoteknologi. Menurut beliau, produk-produk nanoteknologi dipercayai mempunyai banyak kelebihan dan keberkesanannya berbanding produk biasa berasaskan kepada teori dan penyelidikan beliau. Sejajar dengan aspirasi untuk memberi ilmu pengetahuan ke atas produk-produk nanoteknologi serta melaksanakan hasrat murni ini, di peringkat awal ini kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri atau persatuan-persatuan peniaga disaran untuk menubuhkan pusat-pusat pameran dan jualan setempat bagi produk-produk berasaskan nanoteknologi. Pusat-pusat ini mestilah dirangka supaya menerapkan konsep pendidikan agar masyarakat mengetahui akan kewujudan nanoteknologi dan produk-produk berasaskan teknologi ini. Harapan beliau bidang ini dapat memberi manfaat kepada negara dari segi ekonomi, sosial dan perkembangan sains dan teknologi terutamanya bidang nanoteknologi.
Image
Image
Roziah Mohd Janor ialah Profesor dalam bidang Statistik di Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bidang pengajaran dan penyelidikan beliau termasuk Pemodelan Statistik, Pengukuran dalam Kualiti, Analisis Penyelubungan Data mengenai Kecekapan Jabatan, Kajian Impak Universiti, Pemodelan Persamaan Struktur, Pemodelan Kepuasan Pelanggan dan Reka Bentuk Tinjauan, Model Kejayaan Pelajar, Tinjauan Nilai, CPI Dalam Talian.
Ahmad Sazali Hamzah ialah Ketua Pusat Sintesis Kimia & Teknologi Polimer di Institut Sains, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Penyelidikan beliau tertumpu dalam bidang teras kimia organik iaitu sintesis produk semula jadi, penerokaan struktur beberapa sebatian jenis pyrrolidinone dan polimer baharu. Kini sedang berusaha ke arah jumlah sintesis disidamides, kodonopsinin, janolusimide dan juga pada bahan polimer baru iaitu polyimides (PI) dan polyphenylenevinylenes (PPV).
Image

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000